Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ukuranmeasurementNilai pelbagai kuantiti hasil daripada pengukuran atau penyukatan. Contohnya, ukuran bagi jisim adalah dalam unit kilogram.Sekolah Rendah
jarakdistanceUkuran panjang di antara dua titik. Lihat RajahMenengah Rendah
pHpHUkuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat RajahSekolah Rendah
lilitancircumferenceUkuran keliling sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
lebarwidthUkuran dari satu sisi ke sisi yang lain pada suatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
kadarrateUkuran untuk menentukan suatu pola gerakan atau peristiwa.Sekolah Rendah
jengkalspanUkuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat RajahSekolah Rendah
hastacubitUkuran yang panjangnya dari hujung siku hingga ke hujung jari hantu. Lihat RajahSekolah Rendah
isi paduvolumeUkuran ruang yang menempatkan sesuatu jasad atau jisim bendalir. Isi padu diukur dalam unit meter padu, m3 atau liter, l.Menengah Rendah
CelsiusCelsiusUnit ukuran untuk suhu.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas