Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
measuresukat; ukur; sukatan; ukuran; ukuran matraKesusasteraanTiadaTiada
potentiometrypermeteran upayaKejuruteraanTiadaPenggunaan meter upaya untuk mengukur daya-daya gerak elektrik, dan penggunaan ukuran-ukuran yang berkenaan.
judicial criticismkritikan kehakimanKesusasteraanPuisi

Kritikan sastera yang mencuba dengan teliti dan setepat-tepatnya menggunakan ukuran-ukuran umum dan kriteria yang objektif, menganalisis, mengelas, mendefinisi dan menilai karya seni.

growth rate maximizationpemaksimuman kadar pertumbuhanEkonomiTiadaMatlamat syarikat untuk mencapai peningkatan dalam pengeluaran, penjualan, keuntungan atau ukuran-ukuran lain pada kadar paling tinggi yang mungkin.
timberkayuKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian pokok, seperti batang, dahan dan lain-lain, yang telah ditebang dan digergaji kepada ukuran-ukuran keratan yang lebih kecil untuk dijadikan papan, tiang, rasuk dan sebagainya.
aggregateagregatKejuruteraanKejuruteraan Bangunanbahan daripada pecahan batuan batu kapur atau granit yang dihasilkan melalui proses penghancuran mekanik ataupun melalui proses luluhawa. bahan ini digredkan mengikut ukuran-ukuran tertentu, iaitu kurang daripada 5 mm yang dikelaskan sebagai agregat halus dan melebihi 5 mm sebagai agregat kasar.
absolute sizeukuran tetapPerpustakaanTiadaUkuran buku mengikut ukuran inci, sentimeter, atau milimeter dan bukannya ukuran yang menggunakan tanda simbol.
dispersion measuresukuran serakanPsikologiPsikologi UmumUkuran dalam statistik deskriptif yang digunakan untuk menggambarkan taburan data sekitar beberapa nilai utama. Ukuran yang paling mudah ialah ukuran julat yang merupakan jarak antara nilai yang terendah dengan nilai yang tertinggi. Ukuran lain ialah varians, sisihan piawai dan ralat piawai. Sinonim ukuran sebaran.
official surveyorjuruukur rasmiSukanTiadaPegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengesahkan segala ukuran mengikut ukuran yang ditetapkan dalam sesuatu kejohanan berdasarkan undang-undang antarabangsa.
book sizesukuran bukuPerpustakaanTiadaBeberapa ukuran Inggeris tradisional bagi buku yang menggunakan ukuran kertas oktavo dan kuarto.
12345678910...

Kembali ke atas