Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulam-ulam

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tuhau Tbsejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur.“Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius.Kuasa politikGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kacam, *kacham* Ibsejenis tumbuhan yang masam rasanya dan pucuknya boleh dijadikan sayur atau ulam.“Terlalu ingin makan udang salai. Kalau dimasak bersama daun kacam, kuahnya saja sudah cukup menyelerakan.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asam membangan, *asam embang* Ib, MSrsejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan.Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas