Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merujuki buku “Ulang Kaji Total Bahasa Melayu Terkini Tingkatan 1, 2, 3, PMR” terbitan Sasbadi, 2006, halaman 245 – 246. Dinyatakan bahawa (1) kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan judul buku (2) kata majmuk seperti tanah tinggi dan kompleks beli belah dan (3) cogan kata, simpulan bahasa, ungkapan dan sebagainya dikira sebagai sepatah perkataan. Contoh lain yang dianggap sebagai sepatah perkataan berdasarkan panduan itu ialah “Syed Muhammad Amin”, “Kota Kinabalu”, “bahasa jiwa bangsa” dan “bagai menatang minyak yang penuh”. Apakah pendirian KNDBP?1. Pendirian kami jelas, iaitu seperti yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu termasuklah nama orang, nama tempat dan judul buku.
2. Tanah tinggi ialah frasa nama dan kompleks beli-belah ialah kata majmuk.
3. Dalam contoh yang diberikan, perkataan dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam ungkapan tersebut. Walau bagaimanpun hal ini mungkin berbeza dengan skema peperiksaan. Lazimnya kami akan mengingatkan pengguna untuk tujuan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada pihak yang berwajib melalui guru di sekolah. Wallahu'alam.
Tatabahasa09.05.2012
Boleh saya tahu terjemahan rRefresher Course yang tepat bagi bahasa Melayu. Terima kasihPadanan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi refresher course ialah kursus ulang kaji.Istilah03.08.2021
Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan.Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.Tatabahasa07.05.2014
Apakah terjemahan paling sesuai untuk "refresher course" dari konteks kursus teknikal. Adakah kursus/latihan penyegar biasa digunakan atau bolehkah ia diterjemahkan sebagai kursus ulangan atau latihan semula? Terima kasih.Dalam bidang pentadbiran perniagaan refresher course diterjemahkan kepada kursus ulang kaji.Istilah17.05.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih.Salam sejahtera,
Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu:

1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan.
Tatabahasa14.03.2013
Salam, adakah istilah 'revisi' (yang diterjemahkan daripada istilah 'revision' boleh diguna pakai? Ataupun istilah di Malaysia disebut sebagai revisis dan bukannya revisi? Atau adakah tuan/puan mempunyai cadangan lain untuk menggantikan perkataan ini jika ianya tidak boleh digunakan? (selain istilah ulang kaji) Terima kasih.Istilah "revisi" tidak boleh digunakan. Cadangan perkataan lain ialah "penyemakan" dan "baik rapi".Lain-lain17.09.2014
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah.1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan)

3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah.
Tatabahasa25.06.2013
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014

Kembali ke atas