Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.a.li/] | اولڠ-اليق

Definisi : kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lang.a.li/] | اولڠ-اليق

Definisi : kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-alik


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
motor arus ulang-alik (motor a.u)alternating current motor (a.c. motor)Motor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik. Motor arus ulang-alik yang ringkas terdiri daripada gegelung pegun dawai, magnet dan sumber bekalan kuasa.Menengah Rendah
motor arus ulang-alikalternating current motorMotor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik.Menengah Atas
penjana arus ulang-alikalternating current generatorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada arus ulang-alik.Menengah Atas
arus ulang-alikalternating currentArus elektrik yang arah pengalirannya berubah dalam kadar tertentu. Arus ulang-alik terhasil melalui aruhan elektromagnet.Menengah Atas
arus ulang-alik (a.u)alternating current (a.c.)Arus elektrik yang arah pengalirannya berubah beberapa kali dalam sesaat.Menengah Rendah
getaranvibrationPergerakan zarah ulang-alik secara berkala dari titik keseimbangan. Contohnya, tala bunyi.Menengah Rendah
getaranvibrationPerubahan gerakan ulang-alik yang berterusan dari satu titik rujukan. Contohnya, ayunan bandul dan tala bunyi.Menengah Atas
rektifikasirectificationProses menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus.Menengah Atas
alternatoralternatorAlat yang menjana arus ulang-alik. Contohnya, dinamo.Menengah Rendah
transformertransformerAlat yang mengubah voltan arus ulang-alik naik atau turun. Transformer terdiri daripada teras besi yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas