Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.a.li/] | اولڠ-اليق

Definisi : kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lang.a.li/] | اولڠ-اليق

Definisi : kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-alik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
three-phase alternating currentarus ulang-alik tiga fasaTeknikElektriktiga arus ulang-alik yang terpisah 120 darjah elektrik, atau satu per tiga kitar antara satu sama lain. arus ini mempunyai nilai frekuensi yang sama. pada sesuatu ketika satu daripada arus ini mencapai maksimum dan dua arus lain pula mempunyai separuh nilai maksimumnya pada arah yang bertentangan.
alternate current motormotor arus ulang-alikTeknikElektrikMotor yang menggunakan bekalan arus ulang-alik untuk kendaliannya.
alternating gradient acceleratorpemecut cerun ulang-alikKejuruteraanTiadaPemecut bertenaga tinggi yang menggunakan pemfokus kecerunan ulang-alik.
alternating gradient focusingpemfokusan cerun ulang-alikKejuruteraanTiadaPemfokusan dalam pemecut tenaga tinggi berdasarkan kecerunan medan magnet secara ulang-alik bagi mengelakkan rebakan alur.
amplitudeamplitudTeknikElektriknilai tertinggi setiap kitar fungsi bekalan, seperti arus ulang-alik dan volt arus ulang-alik.
impedancegalanganTeknikElektrikJumlah tentangan terhadap arus ulang-alik dalam sesuatu litar arus ulang-alik, yang mungkin terdiri daripada perintang, pemuat, atau pengaruh. Galangan dinyatakan dalam unit ohm dan ditakrifkan sebagai nisbah kompleks V/I. Simbol Z.
polyphase systemsistem polifasaTeknikElektrikSistem pengagihan arus ulang-alik yang mengandungi dua fasa arus ulang-alik atau lebih yang digabungkan bersama pada sudut fasa yang berbeza-beza.
three-phasetiga fasaTeknikElektrikBerkaitan dengan sistem bekalan arus ulang-alik yang mempunyai gabungan tiga voltan ulang-alik. Setiap fasa terpisah di antara satu dengan yang lain sebanyak 120∞ atau 1/3 kitar.
ringing currentarus deringanKejuruteraanTiada1. Arus ulang-alik (yang mungkin tertindih pada arus terus_ untuk penderingan telefon.,2. Voltan arus ulang-alik, 75 ke 105 volt, 20 Hz, yang dibekalkan oleh pejabat pusat untuk menderingkan loceng pelanggan.
shuttle runlari ulang-alikSukanTiadaLarian yang dilakukan berulang-alik dengan keadaan berlari pecut, seperti acara 10 m ulang-alik.
12345678910...

Kembali ke atas