Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.u.lang] | اولڠ٢

Definisi : sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-ulang

Puisi
 

Kalau jeruju bandar Siam,
     Siang-sianglah kok padi;
Kalau beralih tempat diam,
     Ulang-ulang mandi kini.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasihAdakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih
Mundar-mandir, berulang-ulang, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan.
Makna19.12.2013
Salam Tuan/Puan. Bagaimana tatacara menulis perkataan seperti ulang nilai/ ulang nilai? Contoh : Pelajar perlu ulangnilai semasa Lawatan Verifikasi 720 jam dalam tempoh 6 bulan selepas dinilai. Apakah panduan yang perlu diikuti?Pautan jika ada ? Terima Kasih.Wassalam.

Tuan, tiada perkataan "ulang nilai" dalam bahasa Melayu. Mohon pihak tuan berikan sumber perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Tatabahasa21.11.2017
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
PENGGUNAAN PERKATAAN HARI. PADA AYAT HARI ULANG TAHUN SAMBUTAN KEMERDEKAAN. ATAU HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA @ PENGUNAAN HARI INTU XPERLU. MOHON PANDANGANAyat yang betul ialah Ulang tahun sambutan kemerdekaan dan Ulang tahun bandar raya Jitra. Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Apakah ejaan yg betul :"ulang-alik" atau "ulang alik". Harap diselaraskan. Sbb kedua2 jenis ejaan boleh didapati dalam laman web DBP/prpm. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "ulang-alik". Kami akan semak laman web PRPM dan membuat pemurnian. Terima kasih.Ejaan13.05.2015
Ulang Tahun ke-40 atau ulang tahun ke 40 ?Sekiranya frasa ini sebagai tajuk, maka cara penulisan yang betul, contohnya Ulang Tahun Syarikat ABC ke-40, sekiranya dalam ayat cara penulisan yang betul ialah Syarikat ABC akan meraikan ulang tahun ke-40 pada 4 Jun 2014.Tatabahasa03.06.2014
PENGUNAAN PERKATAAN HARI DALAM AYAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34 ATAU HANYA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34. MANA SATU PERKATAAN YANG BETUL?Ayat yang betul ialah Sambutan ulang tahun bandar raya Jitra ke-34.  Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?
Mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan.
Makna19.12.2013
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir.Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Istilah19.08.2009
Assalamualaikum DBP. Saya ingin kepastian adakah wujud istilah Jubli Baiduri yang merujuk kepada sambutan ulang tahun ke 15?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "jubli" bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Berdasarkan sumber rujukan kami, hanya tiga "jubli" yang ditemui iaitu "jubli perak" (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), "jubli emas" (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), dan "jubli intan" (perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh.) Tidak ada maklumat tentang "jubli baiduri".


Makna22.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas