Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn penghubung, sambung, sambungan; berulas ada ulasnya, bersambung, bersam-bungan; tangannya ~ ki ada yg membantu atau menolong; mengulas menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; ~ bicara ki terus berbicara; ~ kayu menyam­bung kayu (supaya menjadi panjang); ~ tali menyambung tali; tanganku diulas oleh­nya ki aku dibantu (ditolong) olehnya; ulasan sesuatu yg diulas, lanjutan, sambung-an; ~ lidah ki orang yg jadi perantara utk menyampaikan pesan orang dll, jurubicara; perulasan tempat pertemuan sesuatu yg disambung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memastikan penggunaan koma bertitik secara betul. Bersama ini saya sertakan sebahagian dokumen contoh untuk di ulas oleh pihak tuan/puan. Diharap contoh ulasan tuan/puan akan membantu saya sebagai asas rujukan untuk penulisan seterusnya. sekian terima kasih.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya. Contohnya: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba dan disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori baharu...

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, teruta ma jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Ejaan15.09.2015

Kembali ke atas