Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ul.tra.bu.nyi] | اولترابوڽي

Definisi : tenaga pancaran mekanik yg diguna-kan semasa mendiagnosis pelbagai jenis penyakit: ujian ~ dilakukan utk menilai per-tumbuhan bayi di dlm kandungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ul.tra.bu.nyi] | اولترابوڽي

Definisi : tenaga pancaran mekanik yg digunakan semasa mendiagnosis pelbagai jenis penyakit: Ujian ~ di­lakukan utk mengetahui tumbesaran bayi dlm kandungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ultrabunyi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Saya sedang menterjemahkan suatu dokumen perubatan. Saya melihat dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (2002), perkataan "ultrasound" telah diterjemahkan sebagai "ultrabunyi" tetapi dalam Istilah Perubatan (2003), perkataan itu telah diterjemahkan sebagai "ultrasound". Saya melihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan "ultrasound" tidak disenaraikan. Yang ada ialah "ultrabunyi" dan "ultrasonografi". Memandangkan Istilah Perubatan ialah buku Istilah khusus, bolehkah saya gunakan perkataan "ultrasound" walaupun perkataan itu tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Adakah Kamus Dewan mengatasi mana-mana buku Istilah lain?Dalam bidang perubatan istilah ultrasound diterjemahkan sebagai ultrasound dan ultrabunyi, saudara boleh menggunakan kedua-dua istilah tersebut. Manakala sebagai kata umum (seperti dalam Kamus Dewan) atau bidang lain seperti fizik istilah ultrasound diterjemhkan sebagai ultrabunyi.Istilah05.08.2009
Apakah terjemahan bagi "Ultrasound-aided batter mixing"?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk ultra-sound aided batter mixing. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah batter mixing ialah pengadunan bater, ultrasound ialah ultrabunyi dan aided ialah berbantukan atau terbantu. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pengadunan bater berbantukan ultrabunyi.Istilah04.07.2011

Kembali ke atas