Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[umbi] | اومبي

Definisi : 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : ; umbuk-~ ark berbagai bujukan dan belai; ® umbuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek). 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi). 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang). 4 = akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. berumbi ada umbinya; berisi. berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umbi (kata nama)
1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,

Kata Terbitan : berumbi,

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Manis di umbi sampai ke hujung;
Manis sungguh adik seorang,
     Manis di pipi sampai ke hidung.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cormumbiPertanianAgronomi

 Batang tumbuhan yang terubah suai, terletak pada pangkal tumbuhan di bawah tanah seperti keladi dan pokok pisang. Umbi tumbuh menegak dan mengandungi nod serta daun nipis yang kering. Akar keluar daripada nod pada umbi. Fungsi umbi ialah sebagai organ simpanan makanan. Umbi boleh digunakan sebagai benih untuk penanaman tampang. 

hair bulbumbi rambutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
grass rootsakar umbiSains PolitikTiadaTiada
grass-rootsakar umbiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
banana stem borerpengorek umbi pisangPertanianTiadaTiada
banana weevil borerpengorek umbi pisangPertanianTiadaTiada
grassroots movementpergerakan akar umbiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
grass root forecastingperamalan akar umbiPentadbiranTiadaKaedah peramalan kualitatif yang mana peramalan individu digunakan untuk membuat peramalan keseluruhan.
habittabiatPsikologiPsikologi UmumPola tingkah laku yang dipelajari yang kemudiannya berakar umbi dalam diri individu. Dalam konteks pembelajaran, tabiat ini dikaitkan dengan rangsangan yang banyak. Apabila lebih banyak rangsangan dikaitkan dengan sesuatu respons menyebabkan semakin kukuh tabiat yang dibentuk. Contohnya, tabiat merokok merupakan tabiat yang sukar dihentikan kerana tingkah laku ini berlaku dalam banyak situasi. Dalam kehidupan harian, terdapat beberapa tabiat yang dianggap buruk dan perlu dihapuskan. Antara yang dikenal pasti ialah mencarut, menyumpah, mengutuk, mengkritik, menonton televisyen secara berlebihan dan meminum minuman keras.
narcissus flylalat narsisusBiologiEntomologiLalat bunga dalam famili Syrphidae, yang larvanya memakan umbi daffodil dan narsisus.
12

Kembali ke atas