Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1">

1"> 

 
Lain-lain03.12.2019
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.

Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.
Makna20.08.2015
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009
Salam sejahtera, Saya mahu bertanya perbezaan antara perkaatan awam dan umum. Saya menulis "masyarakat awam" di peperiksaan, tetapi cikgu saya berkata bahawa "umum" harus digunakan.1. Awam - 1. berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan: 2. untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):3. bukan tentera atau polis dsb

2. Umum - secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas)

Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana membawa maksud yang sama. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya, perkataan yang digunakan ialah masyarakat awam.
Makna11.09.2017
1) Mengikut DBP, siapakah pengguna khusus Kamus Dewan? Penutur b.Melayu atau mereka yang ingin belajar b.Melayu (contoh: pelajar asing, warga bukan Malaysia, dsb.)? 2) Ketua Pengarah DBP mengatakan Kamus Dewan adalah sebuah kamus umum (4.7.2011, Berita Harian). Apakah saya benar jika saya simpulkan label 'kamus umum' di sini bererti Kamus Dewan dianggap tidak akan diguna oleh mereka yang tidak mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda (first language/L1); dan 'umum' di sini bererti umum kepada mereka yang mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda? Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia.Lain-lain19.08.2011
Ada yang kata, ayat tidak boleh bermula dengan nombor, adakah ia benar? Bagaimanakah saya hendak menyampaikan maksud ayat ini dengan betul? - 1 Mei merupakan cuti umum Hari Pekerja.Ayat perlu dimulakan dengan perkataan sebelum angka seperti Pada 1 Mei atau Tarikh 1 Mei, contohnya Tarikh 1 Mei ialah cuti umum Hari Pekerja.Tatabahasa16.06.2012
Assalamualaikum.. 1. Pertanyaan umum dalam ruangan ini perkataan'sejauhmanakah' dan 'sejauh manakah' sering digunakan. Yang manakah betul sejauh mana dieja rapat atau jauh?.Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah.Tatabahasa11.07.2013
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih.Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka.  Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. Tatabahasa22.10.2011
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
SAYA BERCADANG UNTUK TERBITKAN BUKU BACAAN ILMIAH UMUM. SAYA ADA MANUSKRIP UNTUK DIHANTAR KEPADA PANEL. MOHON PENCERAHAN TATACARA/ PROSEDUR PENERBITAN BUKU JIKA DARI AWAL HINGGA BUKU DITERBITKAN.Salam sejahtera, Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini: 1. Penghantaran manuskrip kepada Pemgarah Jabatan Penerbitan. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan,tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. 7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).Lain-lain09.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas