Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada bertanya : (A) daripada umur 10 tahun hingga umur 15 tahun (B) dari umur 10 tahun hingga umur 15 tahun Frasa manakah yang betul dan mengapa? Saya dimaklumkan jawpannya ialah (B). Kalau begitu apa bezanya dengan soalan dalam lampiran ini.

Ia merujuk kepada konteks ayat

1.      Ayat untuk soalan bertarikh 23/2/2015 tidak lengkap dan tiada tempoh masa.

2.      Manakala ayat "dari umur 10 tahun hingga umur 15 tahun" pula menunjukkan jarak.

3.      Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 268 - 272)


Lain-lain19.04.2023
Cikgu, frasa "dari tingkatan 5" betul, atau "daripada tingkatan 5"? "Tingkatan" ialah sejenis peringkat umur, seperti umur 13 tahun berada di tingkatan 1, umur 14 tahun berada di tingkatan 2...tingkatan ini macam peringkat. Jadi, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan?Frasa yang betul ialah "daripada tingkatan 5".Tatabahasa23.02.2015
Manakah penggunaan yang betul? 'di bawah umur' atau 'bawah umur'?Penggunaan yang betul ialah "bawah umur".Tatabahasa24.12.2020
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya.

Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan.  Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya.  Semoga kami dapat membantu adik.  Tahniah atas kprihatinan adik.

 

 

Sekian, dan terima kasih.

Lain-lain11.06.2008
Ingin menghantar sajak, tapi tak pasti berapa umur yang di hadkan untuk menghantar sajak kepada DBP. Anggarannya dari umur berapa ke berapa?Terima kasih atas pertanyaan sdr itu. Bagi menghantar sajak atau karya kreatif dan non-kreatif kepada penerbitan DBP, sebenarnya tiada had atau penetapan umur. Dalam hal ini, karya yang dihantar adalah bergantung kepada teks atau mutu karya tersebut. Karya tersebut bolehlah dihantar berdasarkan kepada sasaran peringkat umur pembaca iaitu majalah Dewan Pelajar (peringkat umur tujuh ke 12 tahun), Dewan Siswa dan Tunas Cipta  (umur 13 ke 15 tahun), Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik (umur 16 tahun ke atas). Sekian dimaklumkan dan terima kasih jua.     Lain-lain19.07.2010
Dalam bidang linguistik, apakah lingkungan umur PEMUDA (youth)?Salah satu makna 'youth' ialah remaja, iaitu orang muda yang berusia antara umur 12 hingga 21 tahun. Bidang linguistik tidak menetapkan umur bagi pemuda.Makna30.11.2006
Walaupun umur adik baru 4 tahun, tetapi dia ................ bercakap. a. pandai b. petahKedua-dua jawapan ini betul. Bagaimanapun jawapan yang paling tepat ialah (b) petah.Tatabahasa16.04.2009
Cadangan meningkat umur persaraan dari tahun _ ke tahun atau daripada _ kepadadari _ ke _Tatabahasa06.05.2011
A)Umur saya ialah 10 tahun, B)umur saya 10 tahun ayat mana yang betul? terima kasihKedua-dua ayat ini betul. Walau bagaimanapun ayat yang lebih gramatis ialah ayat A (Penggunaan kata pemeri ialah).Tatabahasa28.05.2009
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
123456789

Kembali ke atas