Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dan] | اوندن

Definisi : ; berundan, berundan-undan sengaja berlama-lama mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dan] | اوندن

Definisi : 1. sj burung; ~ putih, Pelecanus onocrotalus; ~ gangsa, Pelecanus crispus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dan] | اوندن

Definisi : nama sj burung air yg besar, Pelecanus onocrotalus (roseus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undan
Kata Terbitan : berundan, berundan-undan,

Puisi
 

Anak undan mandi di sumur,
     Tertempuh minyak si anjalai;
Alah nampak pandan terjemur,
     Adik terkenang dibangkalai.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG UNDAN

Burung undan ialah burung berbadan besar

yang hidup berhampiran dengan air. Burung

undan mempunyai paruh yang panjang, lurus,

dan berkantung.

UMUM 
BUNGA UNDAN

Bunga undan ialah

jenis bunga menjalar yang berkayu, yang berasal

dari Amerika Tengah.

UMUM 
ALCATRAZ

Alcatraz ialah penjara terkenal di Pulau Alcatraz di

Teluk San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Nama Alcatraz berasal daripada perkataan Sepanyol

yang bermaksud burung undan.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 

Kembali ke atas