Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,

Peribahasa

Adat yang kawi,
     syarak yang lazim.

Bermaksud :

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah buku atau bahan undang-undang yang pertama diterjemahkan dari BI ke BM, tarikh buku tersebut. Apakah buku istilah undang-undang BM yang pertama di Malaysia? Apakah buku istilah undang-undang dari BI ke BM yang terkini?Tuan, Mengikut rekod kami, buku istilah undang-undang yang pertama diterbitkan oleh DBP ialah Istilah Undang-Undang (Edisi 1) pada tahun 1970. Manakala buku Istilah undang-undang terkini yang diterbitkan oleh DBP ialah Siri Glosari Undang-Undang( Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-undang Pentadbiran) pada tahun 2001.Lain-lain05.06.2007
"undang-undang adat" dan "undang-undang rimba" adakah huruf depannya huruf besar?Selamat pagi.

Huruf awal/depan bagi "undang-undang adat" dan "undang-undang rimba" bergantung kepada ayat tersebut sama ada kata nama khas atau kata am. Contoh undang-undang adat diletak huruf kecil sebab bukan kata nama khas. Jika undang-undang adat perpatih diletak huruf besar, iaitu Undang-undang Adat Perpatih kerana merupakan kata nama khas.
Tatabahasa08.09.2016
salam, sy keliru yang manakah benar? 1.Undang-Undang di Malaysia atau Undang-ndang di Malaysia 2. Undang-undang Syariah atau Undang-Undang Syariah?Ejaan yang betul ialah Undang-undang di Malaysia dan Undang-undang Syariah.Tatabahasa21.03.2012
Kita harus mahu mematuhi undang-undang. Adakah ayat-ayat songsang berikut betul? (A) Mematuhi undang-undang kita harus mahu. (B) Undang-undang kita harus mahu mematuhi.Ayat yang gramatis ialah "Kita harus mematuhi undang-undang". Ayat ini boleh disongsangkan menjadi "Harus mematuhi undang-undang kita".Tatabahasa03.11.2015
SAYA MEMERLUKAN DEFINISI BAGI ISTILAH PERUNDANGAN DAN UNDANG-UNDANG DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN JUGA KESESUAIAN PERKATAAN TERSEBUT BAGI MENJALANKAN PENJENAMAAN SEMULA DARIPADA UNIT KEPADA BAHAGIAN. APAKAH ISTILAH TERBAIK UNTUK DIGUNAKAN?SAMA ADA BAHAGIAN UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN PERUNDANGAN?ATAU TERDAPAT ISTILAH LAIN YANG LEBIH SESUAI DIGUNAKAN?Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman. Yang paling tepat digunakan ialah Bahagian Undang-undang.Istilah06.11.2008
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'pindaan' dalam istilah undang-undang?Pindaan dalam istilah undang-undang bermaksud perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, atau penambahan. Tujuannya supaya sesuatu undang-undang itu menjadi lebih ketat, menyeluruh dan sesuai dengan keperluan semasa.Makna17.03.2008
salam..mana satukah yang betul? Undang-Undang di Malaysia atau Undang-undang di MalaysiaUndang-undang di MalaysiaTatabahasa23.02.2012
Ejaan Bahagian Undang-undang atau Bahagian Undang-UndangEjaan yang betul ialah "Bahagian Undang-undang".Ejaan26.05.2014
Saya hendak bertanya berkenaan penterjemahan akta-akta undang-undang Malaysia dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Selain menentukan istilah undang-undang, adakah DBP menterjemahkan undang-undang ini? Jika ada, akta manakah yang merupakan terjemahan DBP? Adakah versi terjemahan yang lain, contohnya oleh ILBS dan Attorney General Council, merupakan terjemahan yang diperakui?

Saudara Phoebe,

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan undang-undang. Walau bagaimanpun pihak Dewan Bahasa dan Pustaka turut terlibat dalam penggubalan istilah undang-undang bersama-sama dengan pakar-pakar bidang daripada pelbagai institusi berkaitan.  

Lain-lain08.02.2010
saya seorang pelajar undang-undang. apakah definisi kertas cadangan dan bagaimanakah ia berbeza dengan kertas kerja undang-undang? apakah panduan hendak menulis kertas cadangan dan kertas cadangan undang-undang? adakah bahan rujukan yang boleh saya rujuk?Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan dalam konteks ini ialah persoalan undang-undang. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna apakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan.Makna30.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas