Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,

Peribahasa

Adat yang kawi,
     syarak yang lazim.

Bermaksud :

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNDANG-UNDANG JENAYAHKonsep undang-undang jenayah.UNDANG-UNDANGKonsep
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERIUndang-undang pentadbiran negeri-negeri.UNDANG-UNDANGAkta
KECUAIAN

Kecuaian ialah istilah undang-undang di

bawah sistem undang-undang Inggeris dan

sistem yang berasaskannya. Undang-undang

menggunakan kecuaian sebagai ujian untuk

menentukan sama ada seseorang yang terlibat

dalam kemalangan bertanggungjawab terhadap

kehilangan atau kecederaan yang berlaku

semasa kemalangan.

UMUM 
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN

UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN, salah satu undang-undang dalam apa yang umumnya dikenal sebagai adat temenggung.  Undang-undang ini dikenal juga sebagai Undang-Undang Perak.  Undang-undang ini disusun pada abad ke-18 oleh Sayid Husain al-Faradz dan Hadramaut dan digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi menteri di Perak selama beberapa generasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU, undang-undang yang dipakai di negeri Terengganu sejak tahun 1911.  Undang-undang ini dibuat pada 2 November 1911 ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.  Undang-undang ini juga dikenal sebagai Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.  Ia adalah satu-satunya undang tertinggi yang terpakai di seluruh kerajaan Terengganu dalam hal yang berkaitan dengan kesultanan dan kedaulatan, pentadbiran dan pengurusan negeri berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG DASAR 1945

UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia.  Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM, undang-undang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuat kuasa di setiap negeri di Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Di kedua-dua wilayah ini, undang-undang ini dikenal sebagai Akta Pentadbiran Hukum Islam kerana diluluskan oleh Parlimen.

BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State).  Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri.  Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12345678910...

Kembali ke atas