Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢

Definisi : 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,

Peribahasa

Adat yang kawi,
     syarak yang lazim.

Bermaksud :

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
adult (dewasa) Seseorang yang sudah mencapai pertumbuhan fizikal yang sempurna atau matang. (UBAT) adulterant (bahan noda) Bahan kimia atau bahan lain yang dicampurkan kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan. Contohnya, minyak tanah yang dicampurkan ke dalam minyak petroleum. (BIO) advection (alir lintang) Pemindahan sifat jisim udara oleh medan halaju

Kembali ke atas