Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi, terutamanya anggota tentera dan polis, berada di luar kawasan undi pilihan raya yg berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postal ballot paperkertas undi posUndang-undangTiadaKertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi pos.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
statement of the pollpenyata pengundianUndang-undangTiadaPenyata yang disediakan oleh ketua tempat mengundi selepas selesai mengira undi atau penyata yang disediakan oleh pegawai pengurus selepas selesai mengira undi pengundi pos.

Kembali ke atas