Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gul] | اوڠݢول

Definisi : melebihi (mengatasi) yg lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~; mengungguli mengatasi, melebihi (pihak lain): tiap-tiap golongan cuba ~ yg lain; keunggulan perihal unggul, kelebihan (drpd yg lain), keistimewaan, keutamaan: seniman harus juga berlatih dgn sabar, ~nya sebaha-gian besar adalah berkat latihan dan ke-sabaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gul] | اوڠݢول

Definisi : melebihi yg lain; ulung: ahli politik yg ~. keunggulan kelebihan drpd yg lain; sifat unggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unggul (adjektif)
Bersinonim dengan terbaik, ideal, teristimewa, terutama, ulung, johan, jempolan, semurung;,
Kata Terbitan : mengungguli, keunggulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) perkataan yang sinonim dengan 'idaman' contohnya Kolej IDAMAN anda. 2) perkataan yang sinonim dengan 'unggul'. Contoh ayat seperti 'kami UNGGUL dalam bidang kejuruteraan.1. Perkataan yang paling sesuai dalam ayat tersebut ialah impian.  2. Perkataan yan sesuai dalam ayat tersebut ialah terbaik.Makna06.01.2010
apakah maksud modal insan? apakah maksud personaliti unggul?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Makna02.10.2006
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAINSalam sejahtera,

Puan,

WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan.

Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.10.2017
ungkapan " Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul"..betulkah ungkapan ini atau perkataan "terunggul" perlu dibuang imbuhan "ter" menjadi "unggul" sahaja?

Imbuhan 'ter-' pada ungkapan tersebut bermakna 'yang paling' dan tidak salah jika dikekalkan imbuhan awalan tersebut.

 

Lain-lain13.10.2009
Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannyaModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain16.11.2007
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP.

DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam  visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 
1. Keterangan aktiviti perniagaan  contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan.
2. Nama kedai HABIB ULUNG
3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A)
Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Lain-lain29.10.2018
apakah maksud rasialisme?Rasialisme ialah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ; fahaman yang menekankan     bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.Makna29.07.2008
123

Kembali ke atas