Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ungka


Pantun

PantunSumberTema
Banyak ungka perkara ungka, Besarlah ungka dari cigak; Banyak derhaka perkara derhaka, Besarlah derhaka ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak ungka duduk di batang, Petang hari barulah makan; Awak cinta mabuk kepayang, Orang benci malulah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana ungka tidakkan sedih, Kijang dan kambing menuntut balas; Bagaimana muka tidakkan putih, Sedang bersanding kentut terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buah cempedak dimakan ungka, Dapat seulas tidak berbiji; Sudah retak menahan duka, Abang tak belas·kepada kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tak beranak ungka di darat, Banyaklah timbul batang benta; Kalau tak tegak pemuka adat, Banyaklah timbul silang sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau orang menjaring ungka, Rebung seiris kan pengukusnya; Kalau arang tercoreng ke muka, Ujung keris kan penghapusnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas