Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.fom] | اونيفورم

Definisi : pakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dll): pelajar-pelajar sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah; beruniform memakai uniform, berpakaian seragam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.fom] | اونيفورم

Definisi : pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan; pakaian seragam. beruniform memakai uniform. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata uniform


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas