Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.nit] | اونيت

Definisi : 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.nit] | اونيت

Definisi : 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unit


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kubus unitunit cubeKubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. Lihat ContohMenengah Rendah
unit paducubic unitUnit piawai untuk isi padu, simbolnya ialah unit³.Menengah Atas
unit paducubic unitUnit untuk isi padu.Menengah Rendah
unit piawaistandard unitUnit ukuran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Lihat ContohSekolah Rendah
unit bukan piawainon-standard unitUnit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat ContohSekolah Rendah
unit ukuranunit of measurementKuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim.Menengah Atas
unit ukuranunit of measurementUnit yang digunakan bagi ukuran timbangan atau sukatan. Contohnya, kilogram dan meter.Menengah Rendah
unit ukuranunit of measurementUnit ukuran dalam sistem metrik seperti meter, gram, dan liter.Sekolah Rendah
unitunitKuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim.Menengah Rendah
unitunitKuantiti yang digunakan untuk menyatakan ukuran. Lihat ContohSekolah Rendah
12345678

Kembali ke atas