Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.nit] | اونيت

Definisi : 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.nit] | اونيت

Definisi : 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unit


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
polinukleotidapolynucleotidePolimer linear yang molekulnya terdiri daripada unit-unit nukleotida.Menengah Atas
unit piawaistandard unitUnit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat.Sekolah Rendah
KelvinKelvinUnit suhu dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) yang digunakan sebagai unit asas termodinamik. Simbol K.Menengah Rendah
unit asasbase unitUnit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg).Menengah Atas
metermetreUnit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur panjang. Singkatannya, m.Menengah Rendah
kilogramkilogramUnit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi jisim. Singkatannya, kg.Menengah Rendah
ampereampereUnit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur arus elektrik. Simbol A.Menengah Rendah
unit S.I.S.I. unitUnit yang digunakan untuk sistem metrik pengukuran. Unit ini digunakan di seluruh dunia.Menengah Rendah
kuasapowerKerja yang dilakukan dalam satu saat atau kadar perubahan tenaga. Unit bagi kuasa dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) ialah watt.Menengah Rendah
panjanglengthJarak di antara dua titik. Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi panjang ialah meter. Simbol m.Menengah Rendah
1234567

Kembali ke atas