Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.ver.sal] | اونيۏرسل

Definisi : meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat: sebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah; keuniversalan perihal (sifat dsb) universal: sejarah tetap memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih individualistik, ~ dikaji ber-sama-sama dgn keindividualan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.ver.sal] | اونيۏرسل

Definisi : berlaku atau terdapat di mana-mana saja di dunia ini; meliputi semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
universal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan meliputi seluruh, meliputi semuanya, menyeluruh, seantero, luas;,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penerima universaluniversal recipientIndividu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya.Menengah Rendah
penderma universaluniversal donorIndividu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut.Menengah Rendah
penunjuk semestauniversal indicatorPenunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar.Menengah Rendah
pelarut semestauniversal solventPelarut yang boleh melarutkan pelbagai bahan. Contohnya, air.Menengah Rendah

Kembali ke atas