Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n universiti: she is at ~ in London, dia belajar di universiti di London; a ~ education, pendidikan universiti; go to (a) ~, masuk universiti. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata university


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Apa padanan "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "9. (1) The University may, with the prior written approval of the Minister- (a) conduct any course of study jointly or in association, affiliation, collaboration or by way of franchise or otherwise, with any University, University College, higher educational institution, or professional body, or any organization, within or outside Malaysia; and" Sekian, terima kasih.

Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan:



in association: berkaitan, berhubung, bersama-sama

affiliation: bergabung

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna06.10.2021
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih.Terima kasih soalan yang dikemukakan.  Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan.  Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain.Lain-lain19.11.2008
Salam. Apakah padanan istilah BM yang sesuai untuk "affiliated high school" seperti Affiliated Senior High School of National Taiwan Normal University (https://en.wikipedia.org/wiki/Affiliated_Senior_High_School_of_National_Taiwan_Normal_University) dan High School Affiliated to Renmin University Of China (https://en.wikipedia.org/wiki/High_School_Affiliated_to_Renmin_University_of_China)? Adakah "Sekolah Menengah Gabungan National Taiwan Normal University" atau "Sekolah Menengah Berhubung Renmin University Of China" sesuai digunakan? Nama universiti China/Taiwan harus dikekalkan dalam bahasa Inggeris (memandangkan nama rasmi Inggeris dibekalkan dalam laman rasmi universiti) atau boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah affiliated high school ialah sekolah menengah bersekutu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.08.2023
Saya pelajar university fatoni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa melayu,pekataan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi membawa maksud perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.Makna12.04.2015
apakah terjemahan yang tepat bagi university centered learning? Terima kasih.Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk university centered learning dalam pangkalan data kami. Walau bagaiamanpun, terdapat istilah untuk centered dan learning, iaitu berpusatkan dan pembelajaran. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan ialah pembelajaran berpusatkan universiti.Istilah08.09.2011
Adakah kata nama seperti Georgia State University perlu diterjemah kepada Universiti Negeri Georgia? TK.Dalam hal penulisan tempatan, Georgia State University perlu diterjemahkan kepada Universiti Negeri Georgia.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2015
Salam sejahtera, Saya adalah pelajar tahun pertama ijazah kedoktoran di University of Nottingham, UK dan ingin bertanya apakah prosedur yang terlibat untuk membuat rujukan bahan arkib serta manuskrip di Dewan Bahasa dan Pustaka? Kajian saya adalah berkenaan buku teks sejarah yang telah digunakan sebelum dan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk membuat rujukan (fieldwork) dari bulan Jun hingga Ogos 2011. Sekian, terima kasih. Kavitha Ganesan University of Nottingham

Terima kasih Sdr Kaviganesan. Sdr boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan.

Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, sdr boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan.

Setelah mendaftar sdr boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang).

Terima kasih kerana berhubung dengan kami.

Lain-lain20.04.2011
saya pelajar kelas dasar university fatoni ingin bertanya tata Bahasa melayu gunakan makna pemili terima kasihTuan/puan, kami tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh pihak tuan/puan. Mohon dapat hantarkan semua soalan tersebut dengan lebih jelas. Terima kasih.Lain-lain12.04.2015
Saya pelajar kelas dasar University fatoni ingin bertanya tatabahasa Kata Kerja Pasif. Terimakasih.Kata Kerja Pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh ayat: 1. Buku yang tebal itu tidak terbaca oleh pelajar peringkat sekolah rendah. 2. Bunga itu terpijak oleh saya.Tatabahasa08.04.2015
saya pelajar kelas dasar university fatoni ingin bertanya tata Bahasa melayu galagah makna pemili terima kasihMaaf, soalan saudara kurang difahami.Istilah07.04.2015
12345678

Kembali ke atas