Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n universiti: she is at ~ in London, dia belajar di universiti di London; a ~ education, pendidikan universiti; go to (a) ~, masuk universiti. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata university


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNIVERSITY OF CAMBRIDGEUniversiti British yang terkenal di dunia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
OXFORD UNIVERSITY

Oxford University ialah universiti yang tertua di

Great Britain dan salah sebuah institusi pengajian

tinggi yang paling terkenal di dunia. Oxford

University mula ditubuhkan pada tahun 1100-an. Ia

terletak di Oxford, England, kira-kira 80 kilometer

di barat laut London.

UMUM 
HARVARD UNIVERSITY UMUM 
CAMBRIDGE UNIVERSITY UMUM 
MURDOCH, SIR WALTER

Murdoch, Sir Walter (1874–1970), profesor

bahasa Inggeris di University of Western Australia

dari tahun 1912 hingga tahun 1939 dan sebagai

canselor dari tahun 1943 hingga tahun 1948. Dia

menjadi terkenal dengan eseinya yang tersiar

dalam akhbar yang tersebar di seluruh Australia.

Western Australia’s Murdoch University yang

ditubuhkan pada tahun 1973 mengambil sempena

namanya. Walter Logie Forbes Murdoch lahir di

Pitsligo, Scotland dan tiba di Australia ketika dia

berumur 10 tahun. Dia menerima pendidikan di

Scotch College dan University of Melbourne.

UMUM 
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI

EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian  ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR

Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah

diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam

bidang akademik di University of America, Beirut.

Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada

peringkat ijazah pertama dan menamatkan

pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia

menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali

berkhidmat di University of America, Beirut

sebagai Naib Canselor.

UMUM 
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
PERPUSTAKAAN BODLEY

Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan

utama di Oxford University, England. Perpustakaan

ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih

daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak

cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap

buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah

diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya

perpustakaan ini memerlukannya.

UMUM 
NICHOLSON, SIR CHARLES

Nicholson, Sir Charles ( (1808–1903) ialah doktor

British, membantu menubuhkan Sydney University.

Dia dilantik menganggotai senat universiti pada

tahun 1850 dan menjadi canselor universiti tersebut

dari tahun 1854 hingga tahun 1862. Koleksi antiknya

membekalkan bahan asas bagi Nicholson Museum

di universiti tersebut. Dia lahir di Bedales di

Yorkshire , England . Dia mendarat di Sydney pada

tahun 1834 dan menjadi anggota Majlis Perundangan

New South Wales pada tahun 1843.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas