Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1. bahagian (yg terkecil) drpd sesuatu benda, bahagian benda yg tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dgn sebarang proses kimia), bahan (zat) asal: ~ boleh dibahagi kpd dua kumpulan utama, logam dan bukan logam; ~ nadir bumi (Kim) unsur dlm siri lantanid; ~ surih (Kim) unsur dan sebatiannya yg diperlu-kan oleh organisma hidup pd kadar yg sangat kecil; 2. ki bahan, anasir: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn ~-~ subjektif yg kurang penting; beliau juga membawa ~-~ yg memberi semangat kpd rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang; berunsur mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran; berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dsb) unsur-unsur tertentu: pan-dangan-pandangan mereka yg ~ Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu benda yg tidak dpt dibahagi-bahagikan lagi dgn sebarang proses kimia; bahagian drpd sesuatu benda; bahan atau zat asal: ~ surih unsur(-unsur) kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimia dsb. 2 ki sifat atau keadaan. ~ data ist butiran asas, spt nama, jantina dan umur, bagi data tertentu dlm suatu kumpulan data. berunsur mempunyai unsur; bersifat: Cerita itu ~ agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Unsur-Unsur yang Menjadikan Sesebuah Teks Sastera Digelar Hikayat Bercorak Epik IslamYatie SBAHANA1 December 2008
Unsur-unsur Keindahan Cerpen "Hidup" dalam Antologi Cerpen Pergelutan Hidup Shahri HussinDayangku ZurinBAHANA1 May 2008
Unsur-unsur Keindahan dalam Hikayat Si MiskinSharyanty Haji Md. SharifBAHANA1 January 2008
Unsur-unsur insaniah dalam sasteraShafie Abu BakarDewan Sastera1 November 1997
Unsur-unsur teori dalam kesusasteraan Melayu dan NusantaraMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 June 1989
Unsur-unsur seksis dalam bahasa MelayuRoksana Bibi AbdullahJurnal Dewan Bahasa1 October 1998
Unsur-unsur kebatinan dalam tarian kuda kepangUngku Mohd. Zaman TahirJurnal Persatuan Penulis Johor1 December 1993
Unsur-unsur bahasa dalam puisi yang dapat dimanfaatkan dalampengajaran bahasa MelayuIzani DaudDewan Bahasa1 June 1998
Unsur-unsur ekstralinguistik dalam pemelajaran bahasaNoor Aina DaniDewan Bahasa1 June 1998
Unsur-unsur bahasa Melayu dalam bahasa Thai SelatanPitsamai IntarachatDewan Bahasa1 August 1980
12345678910...

Kembali ke atas