Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud nilai-nilai murniNilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995Makna16.01.2010
En Sulaiman, Saya dari agensi pengiklanan ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan yang patut kami letakkan dalam iklan klien kami :- 1) TIADA UNSUR-UNSUR LEMAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 2) TIADA UNSUR-UNSUR MINYAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 3) TIADA MANA-MANA BAHAGINA BINATANG DALAM PRODUK KAMI Harap kami akan mendapat jawapan dari pihak tuan pada esok hari (Jumaat - 28/12/12). Sekian. Terima kasih. Yang benar, YatiUntuk makluman tuan ketiga-tiga ayat tersebut betul bergantung pada unsur yang hendak diketengahkan sama ada lemaknya atau lemaknya atau mana-mana bahagian yang lain.Tatabahasa27.12.2012
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
sejarah ringkas mengenai perkembangan sastera unsur-unsur penting dalam puisi,cerpen dan novel
Sila rujuk buku terbitan DBP yang berikut:
1. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel oleh S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir
2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen oleh Othman Puteh dan Ramli Isin
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah
4. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Kritikan oleh Hashim Awang
5. Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Lain-lain08.09.2009
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu?Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat.

Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih.

Tatabahasa09.05.2013
Salam sejahtera: 1) Kenapakah Kamus Dewan (edisi 4) tidak mempunyai petunjuk untuk golongan kata setiap entri di dalam kamus? Contohnya kata nama, kata adjektif, frasa kata kerja, dsb? Pengguna Kamus Dewan kini cuma mendapat maklumat untuk unsur-unsur yang berada dalam mukasurat 1i (Kependekan) sahaja. Kamus Besar Indonesia edisi 2008 ada memuatkan maklumat ini sebagai 'label kelas kata'. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui contohnya 'abadi' itu kata adjektif, 'adat' itu kata nama dan sebagainya.

Untuk maklumat saudara, dalam kamus terbitan yang sedang diusahakan akan dimuatkan golongan kata dan juga maklumat lain yang dinyatakan.

Lain-lain16.07.2009
Anak saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun depan. Dia amat lemah dalam Kertas 2 BM yang mengandungi Nilai Murni. Saya ingin tahu samada wujud satu senarai nilai murni yang akan diuji dalam UPSR. Jika ada, saya amat memerlukannya supaya anak saya boleh mempelajarinya secara efektif. Terima kasih.
Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995
Lain-lain07.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas