Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kosmopolitan1. terdiri drpd orang atau unsurunsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebang­saan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
unsur1 bahagian drpd sesuatu benda yg tidak dpt dibahagi-bahagikan lagi dgn sebarang proses kimia; bahagian drpd sesuatu benda; bahan atau zat asal: ~ surih unsur(-unsur) kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimia dsb. 2 ki sifat atau keadaan. ~ data ist butiran asas, spt nama, jantina dan umur, bagi data tertentu dlm suatu kumpulan data. berunsur mempunyai unsur; bersifat: Cerita itu ~ agama Hindu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengilmukan1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu: bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
atom1. Unsur paling asas bagi sebarang struktur data. Unsur ini boleh berbentuk rekod yang mempunyai satu data medan atau lebih. 2. Unsur paling asas atau terkecil yang membentuk butiran dalam senarai. Misalnya, dalam senarai [komputer, pencetak, tetikus], butiran 'komputer', 'pencetak' dan 'tetikus' merupakan atom.Kamus Komputer
peleraian(resolution)1. Unit langkah tokokan terkecil di antara unsur-unsur yang telah dileraikan daripada suatu entiti. 2. Unit atau unsur terkecil suatu nilai atau benda yang tidak boleh dipecahkan atau dileraikan lagi. 3. Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik pada komputer atau televisyen yang ditentukan daripada jumlah piksel yang dimiliki oleh unit paparan.Kamus Komputer
tatarajah1. susunan pelbagai bahagian atau unsur sesuatu menjadi rupa bentuk atau rajah tertentu: ~ bagi unsur-unsur ini ditunjukkan dlm Jadual 63; 2. (Komp) kaedah penyam­bungan dan kandungan komponen yg terdapat dlm sesuatu sistem pd satu-satu ketika.Kamus Dewan Edisi Keempat
unsur1 bahagian drpd sesuatu benda yg tidak dpt dibahagi-bahagikan lagi dgn sebarang proses kimia; bahagian drpd sesuatu benda; bahan atau zat asal: ~ surih unsur-unsur kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimKamus Pelajar
penafi(negator)1. Unsur yang melaksanakan pengendalian logik TAK. 2. Peranti yang akan menyongsangkan keadaan logik atau tanda sesuatu isyarat atau unsur.Kamus Komputer
landskap1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutama­nya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri peman­dangan alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
unsur1. bahagian (yg terkecil) drpd sesuatu benda, bahagian benda yg tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dgn sebarang proses kimia), bahan (zat) asal: ~ boleh dibahagi kpd dua kumpulan utama, logam dan bukan logam; ~ nadir bumi (Kim) unsur dlm siri lantanid; ~ surih (Kim) unsur dan sebatiannya yg diperlu-kan oleh organisma hidup pd kadar yg sangat kecil; 2. ki bahan, anasir: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn ~-~ subjektif yg kurang penting; beliau juga membawa ~-~ yg memberi semangat kpd rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang; berunsur mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran; berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dsb) unsur-unsur tertentu: pan-dangan-pandangan mereka yg ~ Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas