Dari/daripada seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Dari seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara). | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara. Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda. | Tatabahasa | 12.01.2013 |
Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. | Saudara Azmazaira, Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
1. Yang mana satukah ayat pasif yang betul? a. Pertandingan itu disertai oleh kami sekeluarga. b. Pertandingan itu kami sekeluarga sertai. c. Unta tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik. d. Unta tidak pernah saya dan adik tunggang. 2.yang mana satukah rangkai kata yang betul? a. sedikit sebanyak b. sedikit banyak c. kedua-duanya boleh diterima 3."lain-lain negara" salah. Yang betul ialah ... a. negara-negara lain b. negara lain c. kedua-duanya boleh diterima | Jawapan bagi (ID Soalan: 51222) ayat pasif yang betul ialah: c. “Pertandingan itu kami sekeluarga sertai” dan pembetulan jawapan bagi pertanyaan (ID Soalan: 51217) ayat pasif yang betul ialah: “Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan” dan “Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki.” Jawapan bagi rangkai pula “sedikit sebanyak”, “sedikit banyak”, “negara-negara lain” dan “negara lain” adalah betul.
| Tatabahasa | 19.08.2020 |
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan? | Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Tuan/Puan, Bagaimanakah hendak pasifkan ayat 'Saya dan Julia tidak pernah menunggang unta di padang pasir'? Terima kasih. | Ayat ini tidak boleh dipasifkan. Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 25.03.2021 |