Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.ta] | اونتا

Definisi : sj binatang besar yg lehernya panjang (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol satu atau dua), Camelus spp.; burung ~ sj burung besar yg boleh berlari dgn tangkas, Struthio camelus; bagai ~ menyerahkan diri prb a) orang yg sangat patuh menurut perintah; b) mengaku salah serta bertaubat drpd kesalahan itu; c) orang yg bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yg cerdik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.ta] | اونتا

Definisi : nama sj binatang yg berkuku belah, berleher panjang dan belakangnya berbonggol, Camelus spp.. burung ~ nama sj burung besar yg dpt berlari dgn pantas, Struthio camelus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unta


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bonggolhumpBenjolan pada belakang haiwan seperti unta yang menjadi tempat menyimpan lemak dan air. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas