Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.ta] | اونتا

Definisi : sj binatang besar yg lehernya panjang (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol satu atau dua), Camelus spp.; burung ~ sj burung besar yg boleh berlari dgn tangkas, Struthio camelus; bagai ~ menyerahkan diri prb a) orang yg sangat patuh menurut perintah; b) mengaku salah serta bertaubat drpd kesalahan itu; c) orang yg bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yg cerdik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.ta] | اونتا

Definisi : nama sj binatang yg berkuku belah, berleher panjang dan belakangnya berbonggol, Camelus spp.. burung ~ nama sj burung besar yg dpt berlari dgn pantas, Struthio camelus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN BULU UNTA

Kain bulu unta ialah kain bulu yang lembut,

sederhana berat yang dibuat daripada bulu unta

Bactria.

UMUM 
BURUNG UNTA

Burung unta ialah burung yang terbesar.

Ketinggiannya mencapai hampir 2.5 meter dan

beratnya mencapai 155 kilogram. Burung unta

hidup di kawasan dataran dan gurun Afrika.

UMUM 
RHEA

Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang

tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung

unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai

burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini

mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki,

manakala burung unta mempunyai dua jari kaki.

Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan

lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya

daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea

biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya

lebih kurang 25 kilogram.

UMUM 
DROMEDARY

Dromedary, juga dinamakan unta Arab, ialah

unta pantas yang digunakan terutamanya untuk

pengangkutan dan sebagai makanan di kawasan

kering di India, Timur Tengah dan Afrika.

UMUM 
OUDTSHOORN

Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah

kawasan pelancongan yang terletak di provinsi

Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali

sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”.

Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu

burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah

menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman

kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara

lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini,

terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang

dipelihara terutamanya untuk mendapatkan

kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini,

peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin,

buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan

walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting.

UMUM 
ALPAKA

Alpaka ialah haiwan ragut di Amerika Selatan yang

berkaitan dengan unta. Ia diternak untuk bulunya

yang halus

UMUM 
KUMIS

Kumis ialah minuman yang ditapai yang dibuat

daripada susu kuda atau susu unta. Perkataan ini

juga dieja koumis, koumiss, atau koumyss. Kumis

adalah jernih, masam, lut sinar, pekat, dan berbuih

seperti soda berkarbonat.

UMUM 
EMU

Emu ialah burung besar yang tidak boleh terbang

yang tinggal di Australia. Emu ialah jenis burung

tidak boleh terbang yang kedua terbesar selepas

burung unta.

UMUM 
BURUNG KIWI

Burung kiwi ialah nama yang diberi kepada

empat spesies burung New Zealand yang tidak

boleh terbang. Burung kiwi mempunyai perkaitan

dengan burung lain yang tidak boleh terbang

seperti burung moa , burung unta, emu, burung

kasuari dan rhea.

UMUM 
KARAVENSERAI

Karavanserai ialah bangunan untuk keperluan musafir. Bangunan yang berasaskan seni bina Islam ini dibina di tempat perhentian di sepanjang laluan unta pedagang dan pengembara.

KEJURUTERAANBangunan/Kota
12

Kembali ke atas