Yang unta tahan dahaga, Berpacu sehari minum seteguk; Orang tua tahan berjaga, Memangku bini semalam suntuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang unta berkaki panjang, Hari malam tegak di pantai; Orang tua berhati lapang, Bini di tilam awak di lantai | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walau unta sudah mabuk, Diusik babi minum juga; Walau mata sudah kantuk, Direngek laki bangun juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak unta bertali baja, Terbang balam memakai mahkota; Sejak si buta menjadi raja, Siang malam memakai pelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mendengut unta dari Padang, Membawa dagang ke Kelinci; Kalau tersedik hati nan pemamang, Dilihat kampung ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pergi ke Arafah naik unta, Panas terik duduk berhenti; Kerajaan berbelanja berjuta-juta, Menyusun atur warga sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sejak buntut menjadi kepala, Banyaklah unta menjadi tenuk; Sejak si untut bermain bola, Banyaklah si buta datang menengok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |