Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untuk;

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu)1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu.
2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP.
3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu".
4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji".
Makna04.04.2023
Soalan saya, ayat tanya manakah yang tepat untuk soalan berikut? Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah? Atau Adakah Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?

Ayat tanya yang betul berdasarkan konsep dan konteks ayat yang bersesuaian ialah “Adakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?” atau “Apakah keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?”.

Tatabahasa19.03.2024
Khidmat apa yang perlu saya gunakan untuk menyemak tatabahasa dan penggunaan kata (untuk teks dan audio) untuk penggunaan dalam peralatan perubatan.Untuk semakan dokumen bahasa Melayu, puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Tatabahasa12.03.2024
Masa untuk menonton atau waktu untuk menonton?Kedua-dua frasa “masa untuk menonton” dan “waktu untuk menonton” adalah betul. Tatabahasa01.12.2023
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungiBagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Lain-lain16.06.2023
Masa untuk tonton atau waktu untuk tonton+Penggunaan yang betul ialah “masa untuk menonton” dan “waktu untuk menonton.”Tatabahasa01.12.2023
Saya ingin menggambarkan jenama ini untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ayat yang mana sesuai? 1. (Jenama). Untuk setiap kamu. 2. (Jenama). Untuk kamu semua. 3. (Jenama). Untuk semua. Terima kasih.

Kami mencadangkan penggunaan frasa “untuk semua” atau “untuk anda”. Walau bagaimanapun, pemilihan frasa bergantung kepada kesesuaian konteks penggunaan dalam teks.

Tatabahasa12.03.2024
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
Salam Soalan saya: adakah tepat dari segi bahasa untuk ayat di bawah? 10 Tahun - Jaminan Ini adalah untuk menonjolkan angka 10 (sebagai 10 tahun jaminan) baru diikuti dengan perkataan Tahun - Jaminan di bawah angka 10 tersebut. Untuk pengetahuan tuan, ini bukan untuk iklan. Ia hanya untuk memastikan sama ada gaya peletakan sedemikian boleh digunakan dan betul dari segi bahasa. Jika tidak, apakah yang sesuai bagi menonjolkan angka 10 sebagai tempoh jaminan. Sekian. Terima kasih.Struktur ayat yang betul ialah "Jaminan Selama 10 Tahun". Dalam penyataan umum seperti dalam penulisan iklan, lazimnya ditulis Jaminan - 10 Tahun (Bahasa Inggeris: 10 years Warranty).Tatabahasa04.07.2023
Salam sejahtera, bagaimanakah cara untuk mengakses korpus DBP untuk mencari bahan berkaitan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?Untuk makluman puan, puan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", puan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", puan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus".

Selain itu, puan juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 88 yang berkaitan dengan Kata Kerja Tak Transitif.
Lain-lain14.12.2023
12345678910...

Kembali ke atas