Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celong[tS«.loN]kata nama1. kandang yang sempit untuk menempatkan kanak-kanak yang belum boleh berjalan. Pada masa ini, alat ini dipasang roda untuk membolehkan kanak-kanak berjalan.Jangan biaq lama sangat adek dalam celong tu, nanti lengoh.[dZA.NAn bi.jAâÖ lA.mA sA.NAt A.de/ dA.lAm tS«.loN tu nAn.ti l«.Nh]Jangan dibiarkan adik terlalu lama di dalam celung itu, nanti dia keletihan.
cop[tSp]kata nama1. sejenis alat untuk menggali tanah, pasir dan lain-lain, penggali.Kalu hang nak buat lubang hang kena guna cop, baru senang.[kA.lu hAN nA/ bu.wAt lu.bAN hAN k«.nA gu.nA tSp bA.Òu s«.nAN]Kalau kamu hendak menggali lubang, lebih mudah menggunakan penggali.
kampoi[kAm.poj]kata nama1. alat yang digunakan untuk melilit atau menggulung benang, gelendong.Dia pakai pot susu buat kampul tali wau.[di.jA pA.kAj pt su.su bu.wAt kAm.poj tA.li wAw]Dia menggunakan tin susu kosong sebagai gelendong tali wau.
rap[ÒAp]kata adjektif1. sudah siap dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami.Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.[ki.tA k«.nA ÒAp b«n.dAN ki.tA A.Òi ÒA.bu d«.pAn pA.sAj dE.pA nA/ tA.nAm s«.kA.li pA.kAj me.sen]Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin.
gremit[gÒ«.mit]kata nama1. pengasah pensel (daripada malau dengan bilah matanya di dalam lubang untuk memutarkan pensel), korek pensel.Dia asah pensel dengan gremit.[di.jA A.sAh pen.sel d«.NAn gÒ«.mit]Dia menajamkan pensel dengan menggunakan pengasah pensel.
conggoh[tSN.gh]kata nama1. kayu bercabang atau bercangap di hujungnya yang dicacak di tepi tangga untuk menyangkut cebok atau gayung sebagai alat pembasuh kaki.Conggoh tempat sangkot cebok tu dah nak reput, elok ganti hak laen.[tSN.gh t«m.pAt sAN.kut tSE.b/ tu dAh nA/ Ò«.put E.l/ gAn.ti hA/ lAen]Kayu bercangap penyakut gayung itu hampir reput, eloklah diganti dengan yang lain.
gelinte[g«.lin.tE]kata kerja1. menguli tepung dan sebagai supaya jadi kecil, membulat dengan menggunakan jari.Kak dok gelinte tepong pulot nak buat buah melaka.[kA/ do/ g«.lin.tE t«.poN pu.lot nA/ bu.wAt bu.wAh m«.lA.kA]Kakak sedang menggentel tepung pulut untuk dibuat buah melaka.
perisi[p«.Òi.si]kata kerja1. membuang biji atau mengasingkan antara isi dengan biji buah-buahan (asam jawa, ulas durian, biji rambutan dan lain-lain), mengupas, menguliti.Mak dok perisi buah moktan nak bagi adek makan.[mA/ do/ p«.Òi.si bu.wAh m/.tAn nA/ bA.gi A.de/ mA.kAn]Ibu sedang mengasingkan isi buah rambutan daripada bijinya untuk dimakan adik.
serot[s«.ҍt]kata kerja1. undur atau berjalan arah ke belakang.Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia.[pA.sAj d«.ÒAEh sA.NAt di.jA bA.wA/ k«.ÒE.tA t«.lA.dZA/ l«.pAEh tu di.j A k«.nA s«.ҍt bA.le/ pA.sAj nA/ mA.so/ Òu.mAh di.jA]Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya.

Kembali ke atas