Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
protraktorprotractorAlat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
sifarzero1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0.Menengah Rendah
knotknotUnit ukuran untuk menyukat kelajuan kapal laut atau kapal terbang dan seumpamanya. 1 knot = 1 batu nautika sejam.Menengah Atas
kaedah unitariunitary methodKaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
angkanumeralSimbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ...Sekolah Rendah
digitdigitSimbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit.Menengah Atas
dozendozenUnit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel.Menengah Rendah
angkanumeralSimbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, … .Menengah Rendah
angkanumeralSimbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …Menengah Atas
kiloliterkilolitreUnit ukuran untuk menyukat jisim cecair yang banyak. Singkatannya ialah kl. 1 kiloliter = 1000 liter atau 1 m³.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas