Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
usus besarlarge intestineUsus yang berfungsi untuk menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan sebagai najis. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
picagarisyringeAlat untuk menyedut cecair dan mengeluarkannya dalam aliran yang kecil. Picagari digunakan bersama jarum untuk menyuntik cecair ke dalam badan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
asimilasiassimilation1. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil daripada pencernaan untuk kegunaan sel tubuh. 2. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil semasa fotosintesis.Menengah Atas
mikroskop elektronelectron microscopeMikroskop yang menggunakan sinaran elektron untuk melihat objek yang sangat seni. Mikroskop elektron biasanya digunakan untuk meneliti mikroorganisma dan sel atau melihat struktur logam dan kristal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
muatan habaheat capacityJumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak 1 kelvin.Menengah Atas
tangki balastballast tankRuang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
pengklonancloning1. Proses menghasilkan sekumpulan sel atau organisma seperti bakteria, serangga atau tumbuhan yang seiras dari segi genetik melalui pembiakan aseksual. 2. Proses yang digunakan untuk membuat salinan serpihan DNA, sel atau organisma.Menengah Atas
pemegang bateribattery holderTempat untuk meletakkan bateri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
galvanometergalvanometerAlat untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
unit jisim atom (u.j.a)atomic mass unit (a.m.u)Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan 112 jisim atom karbon-12.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas