Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebagai1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
surih(trace)1. Kaedah untuk menyemak perjalanan dan aliran atur cara untuk mencari ralat logik atau pepijat. Ini dilakukan melalui cetakan atau paparan tafsiran setiap langkah yang dilaksanakan oleh pemproses utama dalam atur cara yang sedang diuji. 2. Tindakan menyemak pergerakan dan keadaan isyarat dalam litar untuk mencari kemungkinan kegagalan. 3. Tindakan memasukkan garis kasar rangka rajah atau rupa bentuk ke dalam komputer dengan menyalin setiap garis atau titik dalam rajah dengan menggunakan alat pendigit.Kamus Komputer
penumpu data(data concentrator)1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula.Kamus Komputer
suruhan tanpa pengendalian(no operation instruction)1. Suruhan mesin yang sengaja digunakan untuk memberitahu pemproses untuk tidak membuat sebarang kerja berguna dan terus mengerjakan suruhan mengikut suruhan ini. Suruhan ini digunakan sebagai pemadat atur cara untuk menempah tempat bagi suruhan tambahan kemudiannya. 2. Sejenis suruhan semu yang digunakan untuk memisahkan rutin atau modul dalam atur cara.Kamus Komputer
bagi1. a) untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda;membagi bp 1. memberi izin: tidak dibaginya saya balik ke kampung; 2. membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);membagikan, membagi-bagikan memberi, mengagih-agihkan; terbagi dibagi; habis ~ Id (bilangan) yg apabila dibagi tidak ada sisanya;bagian bp hasil membagi; kebagian Jk 1. mendapat bahagian; 2. bp bagai, seperti; ® bahagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekunci perintah(command key)1. Kekunci yang dikhaskan untuk perintah khusus dan bukan untuk memasukkan huruf, nombor, atau simbol. 2. Kekunci yang digunakan untuk memegang urutan perintah yang diaturcarakan terlebih dahulu.Kamus Komputer
label titik semakan(checkpoint label)1. Rekod yang digunakan untuk menandakan kedudukan tertentu dalam perjalanan komputer untuk membolehkan sistem dimulakan di sini selepas kegagalan berlaku. 2. Tanda bernama yang digunakan untuk menandakan tempat tertentu dalam atur cara bagi tujuan penyemakan atur cara.Kamus Komputer
penyambung keluar(out connector)1. Palam yang digunakan untuk menyalurkan output liang komputer pada peranti output. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan tempat carta alir diputuskan untuk pergi ke tempat sambungan carta alir yang lain. Penyambung ini digunakan kerana kertas lukisan carta alir telah penuh dan tidak dapat menampung semua bahagian, atau carta alir telah dipecahkan kepada beberapa modul.Kamus Komputer
kunci(lock)1. Kod atau maklumat yang digunakan untuk menentukan kedudukan rekod atau butiran dalam suatu isihan atau untuk mencari rekod dalam pencarian. 2. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk mengawal penggunaan perkakasan atau perisian komputer daripada diceroboh atau digunakan secara eksklusif. 3. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk melindungi cakera atau pita daripada diubah atau dipadamkan.Kamus Komputer
balai I1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas