Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasib badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nasib seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Anak raja menikam pari,
     Kulit siput di dalam bemban;
Bukan saya lepas ke mari,
     Bawa untung nasib badan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sabung selepas hari petang,
     tak dapat menuntut balas lagi.

Bermaksud :

Untung-untungan; berserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cantik memakai baju kurung, Pakai tudung kain sarung; Asyik mengenang nasib untung, Diri terkurung umpama burung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas