Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut; 3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal meng-hormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormat-an rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upacara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA??

Saudara Hoe,

Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa.

Lain-lain28.05.2010
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023
Tuan, sestengah upacara pengebumian (mayat) dilakukan dengan pembakaran mayat. Apakah istilah yang sesuai untuk cara pembakaran?

Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Setakat yang kami ketahui inilah istilah yang diguna pakai dalam upucara pengkebumian mayat. Terima kasih

Istilah13.05.2009
Salam Sejahtera, 1. Majlis upacara perasmian dewan. 2. Majlis perasmian dewan. 3. Upacara perasmian dewan. Ayat yang mana tepat. terima kasih.Frasa yang betul ialah majlis perasmian dewan.Tatabahasa22.05.2012
Selamat Sejahtera, Saya salah seorang pensyarah dari Help College, Kuala Lumpur ingin bertanya samaada DBP boleh menaja buku-buku atau majalah untuk salah satu upacara tahunan di kolej :World Book Day 2014. Upacara ini akan dihadiri oleh sasterawan Negara Pak Samad Said. Kami akan menjemput lebih kurang 100 pelajar sekolah menengah. Majilis ini akan dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar-pelajar kolej. Saya berharap pihak DBP boleh membuat tajaan untuk upacara ini.

Tuan boleh menghantar permohonan tajaan dengan menulis surat rasmi kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my .

Lain-lain26.03.2014
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa22.08.2009
1.tapak tangan dlm rungus 2.Upacara memindahkan tulang dari keranda atau tajau untuk dikebumikan dlm lundayehSoalan yang diberi tidak difahami. Sila kemukakan semula soalan dengan lebih jelas.Lain-lain06.11.2020
7. Lagu kebangsaan berkumandang di langit sebaik sahaja selesainya upacara tersebut. Tiada kesalahan. munsyi, adakah di langit salah? TQ adakah ayat ini gramatis?Penggunaan yang lazim digunakan ialah 'berkumandang di udara'. Ayat itu tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa sebagai panduan membina ayat dengan gramatis.Tatabahasa11.03.2012
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasihJusteru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru.Tatabahasa18.06.2013
1234

Kembali ke atas