Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ra.u.ra] | اورا٢

Definisi : 1. sl mesyuarat, perbincangan, perun-dingan, pembicaraan; 2. cadangan, usul: ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama; berura-ura 1. sl bermesyuarat, berbincang, berunding; 2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan: pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru; negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera; mengura-urakan 1. = memperura-urakan membicarakan, membincangkan: akan pekerja-an ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yg mengelilingi kota ini suka juga; 2. merancang-rancangkan, mencadangkan, meng-usulkan: persidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ra.u.ra] | اورا٢

Definisi : cadangan; usul: Ada ~ mereka hendak membina surau di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ura-ura


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022

Kembali ke atas