Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urat I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketingbahagian kaki di belakang buku lali; urat ~ urat pd keting; mengeting 1. sl memotong (memutuskan) urat keting (sbg hukuman); 2. menendang keting seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menegang1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpangsa1. mempunyai pangsa, ada pang­sanya: sebuah kotak kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurai1. urat atau garis-garis pd kayu (batu marmar dll); 2. corak (gambar, barik-barik) pd bilah keris dll yg berpamor; berkurai berurat atau berbarik-barik (kayu bilah keris dll): disisipkan pula keris yg bernama cerita, lok sembilan belas, ~ pamor ular lidi menyeberang tasik.Kamus Dewan Edisi Keempat
ira1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain; ~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat
urat I1 = ~ darah saluran atau pembuluh kecil-kecil yg membawa darah dlm tubuh. 2 = ~ daging tisu semacam benang yg terdapat dlm daging. 3 gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan; otot. 4 = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa. 5 jalur-jalur atau garis-garis yg tampak pd permukaan kayu, batu marmar dll. 6 serabut atau serat spt benang yg terdapat pd kayu. 7 tulang daun. 8 penjodoh bilangan utk benda yg kecil dan panjang, spt rotan: Se~ rotan pun susah hendak dicari sekarang. ~ benang jalur benang yg ada pd jahitan. ~ belikat otot pd belikat. ~ keting otot yg di atas tumit. ~ leher urat yg ada pd leher. ~ merih urat darah yg besar di leher. ~ nadi salur darah yg berdenyut pd pergelangan tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
urat I1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegang1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, lang­sing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), berten­tangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp ber­kehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm per­debatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi­-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, me­narik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisih­an): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi per­hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berurat1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
senewen(senéwen) IB, bp 1. sakit urat saraf, agak gila; 2. bingung, gugup.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas