Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urat I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
areolaareolaPerubatanTiada1. Ruang yang bergaris pada permukaan, seperti ruang di antara urat-urat daun atau kepak serangga. 2. Kawasan bulat yang kecil, seperti gelang berpigmen di keliling puting.
anastomosisanastomosisBiologiHistologi dan Sitologi1. Pertemuan rangkaian urat daun atau salur darah daripada vena; atau pembuluh yang sama. 2. Bebenang halus yang menghubungkan kromonema ketika nukleus berada pada peringkat rehat (tidak membelah). 3. Penghubungan antara dua salur darah melalui saluran kolateral.
phylogenyfilogeniSejarahTiada1. Berkaitan dengan susur galur keturunan berdasarkan ranting-ranting yang bercabang seperti pada urat daun.
Solanum feroxterung buluHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Solanaceae, dikenali juga sebagai terung asam. Tinggi pokok ini hanya mencapai 1 meter. Keseluruhan pokok berduri dan berbulu. Daunnya besar berbentuk bujur dan tepinya bercuping tiga segi. Warnanya hijau tetapi berbulu tebal dan berwarna kelabu. Permukaan bawah daun lebih pucat dan berduri di sepanjang urat daun. Bunganya putih pada jambak yang bertangkai pendek. Buahnya berwarna kuning, berbentuk bulat dan berbulu halus tetapi tebal. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi. Air rebusan akar dibuat mandian untuk mengubati demam dan dibuat campuran untuk mengubati luka dan gatal. Buahnya dibuat perasa asam dalam masakan.
Calotropis gigantearemiguHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman.

Kembali ke atas