Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENAgen ialah orang yang mewakili seseorang lain

dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau

lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali

sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam

kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal

wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang

bertindak.

UMUM 
PERSETUJUAN PRAGMATIK

Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang

berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di-

keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan

pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara

peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada

tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada

tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman

memerlukan raja menurunkan harta bendanya

kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota

keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya

menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh

diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak

mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan

bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah-

pecahkan.

UMUM 
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Sistem maklumat pengurusan ialah sistem

komputer yang direka untuk membantu para

eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan,

agensi kerajaan dan juga organisasi lain.

Sektor perniagaan sudah lama bergantung

kepada komputer untuk mengendalikan kerja

menyimpan kira-kira yang asas, seperti

penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu,

sistem maklumat pengurusan sebenarnya

membantu pengurus membuat keputusan

perniagaan yang kompleks.

UMUM 
MUAMALAH

Muamalah ialah urusan sesama manusia bagi tujuan penghidupan.

AGAMAKaedah
PUSAT MEMBELI-BELAH

Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai

jualan runcit dan pejabat perniagaan dan

profesional yang dibina dan diuruskan sebagai

satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan

perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu

kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai

kawasan membeli-belah (mall) .

UMUM 
MOMBASA

Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua

terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah

bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika

(lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan

hampir keseluruhan urusan perkapalan

antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi,

dan timur Zaire yang terletak di pedalaman.

Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak,

lapangan terbang antarabangsa, dan banyak

bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan

yang besar dan mempunyai banyak hotel.

UMUM 
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
1234

Kembali ke atas