Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radio broadcasting stationstesen siaran radioKomunikasiTiadaStesen yang dijadikan sebagai tempat pengendalian urusan-urusan perancangan, penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan radio.
interventioncampur tanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesuatu pihak yang mencampuri urusan dalaman atau urusan luaran sesebuah negara berdaulat. Tindakan ini umumnya menyalahi prinsip tidak campur tangan di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa tersebut tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan yang berada dalam bidang kuasa tempatan negara. Selain itu, terdapat juga deklarasi PBB yang melarang sesebuah negara daripada mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain. Walau bagaimanapun, tindakan campur tangan adalah sah dengan mandat Majlis Keselamatan PBB atau izin negara tuan rumah.
businessurusan; perniagaanUndang-undangTiada1. Urusan: Sesuatu pekerjaan, profesion, tugas atau kewajipan.,2. Perniagaan: Sebarang perniagaan, perdagangan, pembuatan, perindustrian atau sebarang usaha atau urusan perniagaan.
counter service officepejabat khidmat kaunterPentadbiran PerniagaanTiadaTempat urusan rasmi yang menjalankan urusan kaunter sahaja dan tidak melibatkan serahan mel.
travelling post office (TPO)pejabat pos kereta apiPentadbiran PerniagaanTiadaTempat urusan rasmi untuk urusan pos di dalam kereta api
recruitment exerciseurusan pengambilan (pekerja)SejarahTiadaUrusan dan peraturan yang ditetapkan dalam kerja-kerja pengambilan anggota baru seperti dalam bidang ketenteraan atau tenaga buruh untuk industri.
balance billingurusan bil bakiGerontologiTiadaUrusan yang berkaitan dengan baki bayaran yang dibilkan kepada pesakit kerana tidak ditanggung oleh pihak insurans.
domestic affairshal ehwal domestikPentadbiranPentadbiran Awam

Urusan dalaman bagi sesebuah organisasi. Hal ehwal domestik merangkumi pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat dan gaji, transaksi kewangan, urusan cuti, pertukaran kerja dan kebajikan anggota organisasi. Segala hal ehwal dalaman ini tidak boleh melibatkan sebarang campur tangan pihak luar organisasi. Contoh, dalam urusan kenaikan pangkat, pihak pengurusan atasan bertanggungjawab membuat segala keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.

specialised officepejabat khususPentadbiran PerniagaanTiadaTempat urusan rasmi yang menjadi pusat untuk pelbagai urusan pos.
specialized centrepejabat khususPentadbiran PerniagaanTiadaTempat urusan rasmi yang menjadi pusat untuk pelbagai urusan pos.
12345678910...

Kembali ke atas