Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Semoga Allah permudahkan urusan. 2. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki. Adakah tepat pembinaan ayat tersebut?Ayat yang tepat ialah:

1. Semoga Allah mempermudah urusan.
2. Semoga dipermudah urusan dan diluaskan rezeki.
Tatabahasa29.07.2022
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan SerahakPerkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang.

Istilah14.10.2020
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking'1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minitTatabahasa07.06.2011
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung.1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja.
2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan.
Tatabahasa06.11.2012
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai  2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat  4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu.Makna16.04.2012
Salam Sejahtera , saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk 1) NINJAVAN 2) PEJABAT URUSAN DAN GUDANG 3)DIMILIKI OLEH: NINJA LOGISTICS SDN.BHD.Ejaan Jawi bagi NINJAVAN ialah نينجاۏن
Ejaan Jawi bagi PEJABAT URUSAN DAN GUDANG ialah ڤجابت اوروسن دان ݢودڠ
Ejaan Jawi bagi DIMILIKI OLEH: دميليقي اوليه
Ejaan Jawi bagi NINJA LOGISTICS SDN. BHD. ialah نينجا لوڬيستيک س سنديرين برحد


 




Ejaan09.09.2021
Minra bantuan Tuan/Puan,Tulisan Jawi untuk 1. RESTORAN 2. PEJABAT URUSAN 3. AGEN PENANGGUNG INSURANSSalam sejahtera,

1. RESTORAN - ريستورن

2. PEJABAT - ڤجابت

3. URUSAN -اوروسن

4. EJEN -

ايجين1">



5.  PENANGGUNG -

ڤنڠڬوڠ 1">



6. INSURANS -اينسورن س
Lain-lain07.07.2019
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
Salam sejahtera, 1.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa (dengan/ dalam ) menjalankan urusan rumah tangga. (dengan/ dalam yang patut digunakan?) Terima kasih.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga.Tatabahasa18.07.2018
tulisan JAWI untuk 1)OKN GLOBAL VENTURES SDN BHD 2) PEJABAT URUSAN

Tulisan jawi bagi perkataan OKN GLOBAL VENTURES SDN. BHD. ialah او . کي. عين . ڬلوبل ۏنچرس سنديرين برحد manakala tulisan jawi bagi PEJABAT URUSAN ialah

ڤجابت اوروسن1">

Ejaan26.04.2019
123456789

Kembali ke atas