Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur, rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana susun-annya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima ber-bagai-bagai perubahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : susunan yg berturut-turut; susunan yg teratur mengikut giliran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urut (kata kerja)
Bersinonim dengan picit, ramas, gosok, tekan-tekan, gasor, sengkak;,
Kata Terbitan : mengurut, urutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai urutan perkataan yang betul pada satu ayat yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Contoh: XXX AdjustableSystem Urutan perkataan 1: Sistem Boleh Laras XXX Urutan perkataan 2: XXX Sistem Boleh Laras "XXX" merupakan nama produk. Sila berikan pendapat DBP tentang urutan perkataan yang betul. Terima kasih.Mengikut data kami, adjustable peg system diberikan padanan ‘sistem pancang mudah laras’.  Tidak dijelaskan sama ada XXX nama produk merupakan sistem atau alat. Susunan yang dicadangkan sekiranya  XXX merujuk pada sistem ialah   XXX:Sistem Mudah Laras.  Tatabahasa08.12.2014
Yang manakah penggunaan yang betul, "urutan" atau "turutan, seperti ayat yang berikut, "Susun ayat mengikut urutan/turutan yang betul?" Mohon respons.Jika dilihat kepada contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan, urutan dan turutan boleh digunakan secara bergilir-gilir kerana membawa maksud yang sama, iaitu yang berturut-turut.Makna22.01.2020
Apakah frasa yang betul, "teknik mengurut" atau "teknik urutan". Ayat contoh: Rawatan terapi sukan ini melibatkan teknik mengurut/teknik urutan tertentu."teknik mengurut" atau "teknik urutan". Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa06.08.2019
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012
Assalamualaikum, tuan. Definisi 'urutan' dan 'sumbangan' dari Kamus Dewan Edisi Keempat berada pada muka surat yang ke berapa?
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "urutan" berada pada muka surat 1781, manakala 'sumbangan' berada pada muka surat  1540.
Lain-lain17.02.2018
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih.

1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. 

Tatabahasa14.12.2011
Mana lebih kanan mengikut urutan antara Penolong Setiausaha dengan Ahli Jawatankuasa?Yang paling kanan ialah Penolong Setiausaha. Lain-lain06.10.2021
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai.

Puan Salina,

Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih

Tatabahasa05.10.2010
Apakah golongan kata bagi perkataan 'mungkin' dan urutan kata yang manakah yang lebih tepat diantara 'boleh mungkin' dan 'mungkin bolih'?Mungkin boleh dikategorikan sebagai kata umum dan frasa yang betul ialah "mungkin boleh".Tatabahasa20.01.2009
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental)Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Tatabahasa06.08.2007
1234

Kembali ke atas