Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sah] | اوسه

Definisi : 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sah] | اوسه

Definisi : 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Puisi
 

Tak usah kertas biru,
     Kertas putih saya suratkan;
Tak usahkan hati yang rindu,
     Hati yang kasih saya turutkan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sari-bahasa: usah dan ta' usahUmar JunusDewan Bahasa1 May 1968
Usah DitanyaJaafar HasnyDewan Sastera1 January 2007
Usah Robohkan Kota IniBorhan Md. ZainDewan Sastera1 March 2002
Usah Padamkan Lilin ItuAlizarinah AliPelita Bahasa1 February 2009
Usah Salahkan PenjajahAbd. Razak Abu BakarDewan Masyarakat1 May 2008
Usah Persoalkan Siapa KitaOnn AbdullahMasa1 June 2006
Usah Kau TanyakanYazidrisIbu1 December 2002
Usah politikkan sasteraNisah Haji HaronDewan Sastera1 May 2005
Usah Menangis LagiSalmy Hamid HanafiJelita1 December 2005
Usah didahup anak itu!Rahmah JaafarPelita Bahasa1 September 1990
12345

Kembali ke atas