Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sah] | اوسه

Definisi : 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sah] | اوسه

Definisi : 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Puisi
 

Tak usah kertas biru,
     Kertas putih saya suratkan;
Tak usahkan hati yang rindu,
     Hati yang kasih saya turutkan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Usah Diingat Usah DikenangS. HamisalUtusan Zaman01.02.1970
Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BIAmin Ridzuan Ishak dan S Anand KumarBerita Harian31.12.2008
'Usah pinggir BM dalam subjek sains, matematik'Matzidi DrisBerita Harian13.11.2008
Usah 'bunuh' bahasa Merlayu menerusi PPSMIKamal Shukri Abdullah SaniBerita Harian16.10.2008
Usah cicirkan bahasa rasmiMohd Arif AtanUtusan Malaysia17.04.2008
Usah perlekeh sastera: Berperanan membina keyakinan diri...D J DolasohHarian Metro16.06.2008
Usah PeduliAdnan A.M.Mingguan Malaysia26.05.2008
Usah aniaya Hati Malaya [ Shuhaimi Baba cabar pengkritik tonton filem ]Zainuri MisfarBerita Harian01.11.2007
'Usah biarkan anak bangsa jadi korban'Salbiah AniBerita Harian22.11.2007
'Usah pertikai 29 Mei sebagai Hari Seniman'TiadaBerita Minggu25.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas