Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sah] | اوسه

Definisi : 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sah] | اوسه

Definisi : 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Puisi
 

Tak usah kertas biru,
     Kertas putih saya suratkan;
Tak usahkan hati yang rindu,
     Hati yang kasih saya turutkan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak usah itik diajar berenang.Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah hinggut, tiada tercabut.Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah diajar anak buaya berenang.Orang yang sudah tahu tak perlu diajar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah bimbang, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan.Barang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bersandar di batang rengas.Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan diajar orang tua makan kerak.Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan diajar orang tua makan dadih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan diajar orang tua makan dadih.Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di manakah berteras kayu mahang.Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas