Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sai] | اوساي

Definisi : 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sai] | اوساي

Definisi : 1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~. 2 habis: Wangnya ~. mengusai menjadi usai: Sekalian hadirin pun ~lah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sai] | اوساي

Definisi : tidak terpelihara (ttg rambut dll). mengusaikan menyebabkan menjadi usai (bkn rambut); menjadikan bercerai-berai atau berselerak: Ia ~ timbunan buku itu kerana mencari sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usai (adjektif)
1. Bersinonim dengan sudah selesai: berakhir, bubar, habis, siap, beres, lengkap, sempurna, tamat, sudah,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan tidak tersusun: kusut, terurai, terselerak, tidak teratur, kusut-masai,
Berantonim dengan tersusun

3. Bersinonim dengan sudah lampau: sudah berlalu, sudah lepas,

Kata Terbitan : mengusai,

Puisi
 

Gulai kangkung gulai gumbiling,
     Sayang kucai berkudut-kudut;
Amunku batah tinggal seorang,
     Kampung usai menjadi kusut.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
pengunaan perkataan seusai seperti di dalam ayat dibawah: Sehubungan dengan itu, perolehan dan pelaksanaan projek dilaksanakan oleh pihak AAA dan penyerahan kepada pihak BBBB seusai projek siap.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “usai” ditakrifkan sebagai sudah selesai atau berakhir, iaitu berkenaan perhimpunan, peperangan, majlis dan lain-lain. Penggunaan perkataan “seusai” dalam ayat tersebut kurang tepat. Kebiasaannya, perkataan “sesudah” digunakan. “Sesudah” bermaksud setelah berbuat atau berlaku sesuatu, setelah atau selepas. “Sudah” ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah “sesudah”, yang berfungsi sebagai adverba waktu. Selain itu, perkataan “seusai” dengan maksud “sesudah”, lazimnya digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license).

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana dan Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima halaman 202 hingga 205.

Tatabahasa24.11.2023

Kembali ke atas